![]() |
| (Gambar ini telah menunjukkan kegunaan iPhone dalam mesyuarat) |
![]() |
| (Seorang rakyat sedang menjalankan undiannya) |
Di samping itu, teknologi media seperti iPhone yang mempunyai kuasa yang kuat untuk mendapat signal Internet,oleh itu, benda ini menjadi suatu media yang penting dalam pengajaran dalam pembelajaran. Guru-guru di sekolah atau profesor-profesor di universiti juga biasa menjalankan proses P&P melalui teknologi ini. Kecanggihan teknologi media ini juga dapat mengeratkan hubungan antara manusia sama ada dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Dengan itu, kita boleh menghubungkan sesiapa yang ingin dihubungi pada bila-bila masa. Kita juga boleh berhubung secara bersemuka dengan teknologi media yang canggih ini.
Walaubagaimanapun, kecanggihan teknologi media yang berlaku secara mendadak ini juga akan mendatang keburukan untuk kita. Dengan itu, keburukan yang pertama boleh dapat dilihat melalui kelakuan seseorang pelajar di sekolah. Teknologi media seperti telefon pintar telah menjadi suatu media untk melakukan peniruan semasa berada peperiksaan. Ini disebabkan maklumat boleh disampaikan begitu pantas dari seorang kepada seorang pelajar yang lain. Selain itu, kecanggihan ini juga boleh mempengaruhi sifat belajar seseorang. Contohnya, iPad yang mudah dibawa ini boleh memindahkan perhatian pelajar semasa berada di kelas. Ini disebabkan palajar-pelajar boleh memainkan benda ini semasa balajar.
![]() |
| (Anggota tentera melancarkan serangan melalui iPad) |
Kesimpulannya, teknologi media yang menjadi kian canggih adalah untuk menyenangkan kehidupan kita. Ini dapat membantu kita boleh menghasilkan kerja-kerja yang sempurna dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu,kita sepatutnya menghargai kemunculannya dan menikmati kemudahan yang diberi olehnya.Bukanlah menggunkkan teknologi ini untuk membuat sesuatu yang bercanggah dengan tujuan kemunculannya.



