2013-09-25

KECANGGIHAN TEKNOLOGI MEDIA



     Saya berasa hairan kerana teknologi menjadi semakin canggih sampai hari ini. Menurut kamus,teknologi merupakan suatu benda yang dicipta melalui kreativiti,inovasi dan kegigihan pakar-pakar untuk memudahkan keperluan dalam kehidupan  manusia. Dengan itu, kita dapat lihat banyak teknologi media yang telah dicipta untuk meningkatkan kualiti komunikasi kita seperti, iPhone, iPad, telefon pintar yang bermaksud telefon yang boleh menyentuh skrin. Kecanggihan teknologi telah membawa banyak kemudahan kepada manusia malahan menyempurnakan kehidupan kita.               
               

(Gambar ini telah menunjukkan kegunaan iPhone dalam mesyuarat)

     Salah satu kemudahan adalah kita boleh dapat mengetahui berita negara yang  terkini.Contohnya, pilihan raya negara kita telah diadakan pada beberapa bulan yang terlalu iaitu pada 5 Mei 2013. Proses pilihan raya boleh disaksikan melalui televisyen, iPad, iPhone dan lain-lain teknologi media. Oleh itu, semua rakyat boleh bersama untuk menyaksikan peristiwa yang begitu penting untuk masa depan negara kita dan bersama untuk meraikan kemenangan mereka. Selain itu, iPad juga merupakan suatu media yang boleh digunakan untuk menjalankan mesyuarat.      
       
(Seorang rakyat sedang menjalankan undiannya)
        
     Di samping itu, teknologi media seperti iPhone yang mempunyai kuasa yang kuat untuk mendapat signal Internet,oleh itu, benda ini menjadi suatu media yang penting dalam pengajaran dalam pembelajaran. Guru-guru di sekolah atau profesor-profesor di universiti juga biasa menjalankan proses P&P melalui teknologi ini. Kecanggihan teknologi media ini juga dapat mengeratkan hubungan antara manusia sama ada dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Dengan itu, kita boleh menghubungkan sesiapa yang ingin dihubungi pada bila-bila masa. Kita juga boleh berhubung secara bersemuka dengan teknologi media yang canggih ini.
               
     Walaubagaimanapun, kecanggihan teknologi media yang berlaku secara mendadak ini juga akan mendatang keburukan untuk kita. Dengan itu, keburukan yang pertama boleh dapat dilihat melalui kelakuan seseorang pelajar di sekolah. Teknologi media seperti telefon pintar telah menjadi suatu media untk melakukan peniruan semasa berada peperiksaan. Ini disebabkan maklumat boleh disampaikan begitu pantas dari seorang kepada seorang pelajar yang lain. Selain itu, kecanggihan ini juga boleh mempengaruhi sifat belajar seseorang. Contohnya, iPad yang mudah dibawa ini boleh memindahkan perhatian pelajar semasa berada di kelas. Ini  disebabkan palajar-pelajar boleh memainkan benda ini semasa balajar.


(Anggota tentera melancarkan serangan melalui iPad)
     Seterusnya, teknologi media yang canggih ini seperti iPad juga mendatangkan keburukan dalam peperangan. Contohnya, berita ini juga memberitahu kita anggota-anggota Briged Ansar Dimachk telah menggunakan iPad untuk melancarkan serangan di Jobar, Damsyik. Teknologi media yang dicipta ini sepatutnya adalah memudahkan kehidupan rakyat, tetapi kita sudah megabaikan kepentingan ini. Dengan itu, kecanggihan teknologi bukanlah memudahkan tetapi lebih meyusahkan kehidupan kita. Selain itu, teknologi media yang canggih ini telah meningkatkan bilangan jenayah dalam masyarakat kita. Ini disebabkan penjenayah boleh mendapatkan maklumat yang tepat and betul melalui media ini seperti iPhone. 

     Kesimpulannya, teknologi media yang menjadi kian canggih adalah untuk menyenangkan kehidupan kita. Ini dapat membantu kita boleh menghasilkan kerja-kerja yang sempurna dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu,kita sepatutnya menghargai kemunculannya dan menikmati kemudahan yang diberi olehnya.Bukanlah menggunkkan teknologi ini untuk membuat sesuatu yang bercanggah dengan tujuan kemunculannya.
         
                             (video ini telah menjelaskan kelebihan iPhone5 dalam bidang perniagaan)

No comments:

Post a Comment