2013-10-09

OH,,,My god!!!

oh,my god,,harga minyak naik lagi??

            Saya percaya semua rakyat juga bimbang akan harga minyak kereta yang semakin meningkat . Begitu sama dengan ahli keluarga saya . Keluarga saya mempunyai dua kereta yang perlu minum minyak , kalau harga minyak kereta naik secara berterusan , saya berasa pendapatan dari kerja tetap kita akan digunakan dalam penambahan minyak . Oleh itu , mereka sedang berasa pening kepala .



Berasa gambar ini begitu familar?Adakah kamu sentiasa menghadapi masalah ini??

            Tabiat ini memanglah tidak dinafikan merupakan perbuatan yang sering dibuat oleh orang yang berasal dari pendapatan rendah . Termasuklah keluarga saya . Tabiat ini akan dibuat semasa mereka menghadapi masalah kewangan seperti bayaran pendidikan anak- anak , ansuran kereta dan rumah dan sebagainya . Saya adalah tidak memahami kesusahan ibu bapa untuk mengekalkan perbelanjaan keluarga sejak kecil lagi ,tetapi sampailah masa ini , saya sudah sedar akan ini . 

            Walau bagaimanapun , masalah mereka terpaksa menambah kerana harga minyak . Oleh itu , tabiat seperti gambar di atas sering muncul dalam kehidupan saya . 

















Adakah kereta kita bergantung kedua-dua benda ini untuk bergerak , jawapan mestilah   YES!! oleh itu ,kita tidak boleh melepaskan dalam lingkungan ini . 



            Menurut Berita Harian , jenis minyak RON 95 telah meningkatkan ke RM 2.10  seliter daripada RM 1.90 pada hari 2 September 2013 dengan perbezaan sebanyak RM 0.20 seliter .Selain itu , harga jenis minyak diesel yang sentiasa digunakan oleh bas atau lori juga mengalami peningkatan . Ia dinaikkan dari RM 1.80 sampai ke RM 2.00 seliter pada hari yang sama dengan perbezaan yang sama iaitu RM 0.20 seliter . Situasi yang sama juga dialami oleh jenis minyak RON 97 . Harganya menaikkan ke RM 2.85 seliter dengan perbezaan RM 0.15  seliter dari harga RM 2.70 seliter . 

                     
 Adakah ini menjadi beban rakyat kita ???
         
               Perdana Menteri yang paling dihormati , Datuk Seri Najib Razak mengatakan tindakan menaikkan harga minyak adalah satu kaedah dalam pengukuhan ekonomi negara.  Menurut kajian dari kepakaran dalam bidang perindustrian ,  kenaikan harga minyak akan mencetuskan kenaikan harga benda lain seperti yang paling biasa ialah harga makanan . Ini disebabkan bahan-bahan makanan adalah dihantar melalui alat pengangkutan seperti kereta , lori atau van . Justeru , kenaikan harga minyak  akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan lain dengan secara langsung . Dan ini juga menambah lagi beban kita .
             
   
  •  keadaan yang kelam-kabut
     
       
  • Minyak RON 97 
  • Minyak RON 95
  • Diesel
  
Semasa dimaklumkan bahawa harga minyak akan menaik , kelihatan banyak orang bergegas ke arah minyak stesen untuk menambah minyak .termasuklah bapa saya . Namun , saya pun berasa ingin tahu , adakah minyak yang ditambah ini akan berkekal selama-lamanya ? Ini tidak akan habis pada suatu hari ? Semasa sampai ke tempat tersebut , saya berasa hairan atas situasi minyak stesen . Banyak pemandu menunggu dekat sana hanya untuk menambah minyak sebelum tengah malam tersebut . 

           Walau bagaimanapun , saya tetap menunggu bapa saya di sana . Selepas menambah  minyak , kami balik ke rumah . Saya juga boleh melihat masih ada banyak kereta datang . 
Keadaan  ini menunjukkan manusia juga mempunyai aspek yang tidak rasional semasa menghadapi masalah kehidupan . Oleh itu , kerajaan boleh mengambil tindakan yang bertimbang rasa untuk memperbaikkan keadaan ini . Saya sangat bersyukur .
 
 
 

No comments:

Post a Comment