BOLEHKAH HENTI MENCURI??/ATAU MEROMPAK?
Kes kecurian sering berlaku di sekeliling kita . Namun , keadaan ini menjadi semakin berleluasa kebelakang ini . Adakah kelakuan ini menjadi imej yang ' baik ' dalam masyarakat kita ? Sistem keselamatan kita menjadi semakin teruk ?
Walau bagaimanapun , ini bukanlah sebab-sebab yang terutama yang boleh mencetuskan kes merompak atau mencuri . Sebab yang terutamanya ialah keinginan manusia untuk mendapat kehidupan yang lebih sempurna dengan kepunyaan teknologi yang canggih seperti iPad , iPhone dan lain-lain . Mereka telah terpesona dengan kecanggihan tetapi mereka belum mempunyai kelayakan untuk mendapatnya . Oleh itu, mereka bertindak untuk mendapat dari kaedah yang tidak disahkan .
Selain itu , sebahagian dari kelompok orang ini adalah bertujuan untuk meneruskan kehidupan mereka . Dalam kajian yang dibuat , sedikit orang membuat rompakan atau curian adalah untuk mencari ' rezeki ' untuk keluarga mereka . Sebagai contoh , pekerja yang bekeluarga besar tetapi telah dipecat oleh majikan . Oleh kerana usianya besar menyebabkan kesusahan untuk mencari pekerjaan lain . Oleh itu , mereka mencuri .
Ini merupakan contoh yang mendedahkan rakyat kita mengalami kesusahan dalam kehidupan mereka . Walau bagaimanapun , kita tidak boleh ingin mendapat kesenangan dengan cara yang macam itu !Ini bukan sahaja meyusahkan diri lagi malah menyusahkan orang lain .
SUDIKAN ANDA MENJADI AHLI MEREKA??
Jika kita membuat jenayah ini , memanglah menyakitkan hati keluarga kita , terutamanya ibu dan bapa kita . Mereka membesarkan kita dengan sedaya upaya . Apa yang mereka harap adalah kita dapat menjadi orang yang menyumbang ke masyarakat kita . Oleh itu , kita tidak boleh membuat sesuatu yang menyusahkan kehidupan mereka .
TAHUKAN ANDA AKAN DIHUKUM??
Undang-undang di negara Malaysia adalah sangat adil . Tujuan membentuk mereka adalah untuk menjamin keselamatan atau hak asai rakyat . Jika kita merompak atau mencuri , kita akan mengenakan hukuman yang sepadannya . Penjenayah mungkin akan dihantar ke mahkamah rendah . Kalau terlibat dalam jenayah yang berat seperti merompak dengan senjata , mereka akan dihantar ke Mahkamah Tinggi jika tuduhan mereka disabitkan .
Kadang-kala , merompak akan mencetuskan berlakunya tragedi . Misalnya , jika seseorang yang merompak akan menangkap orang yang tidak bersalah untuk menjadi tebusan supaya boleh melepaskan dirinya dari kepungan polis . Oleh itu , orang yang ditangkap ini akan mengalami kemautan kerana mungkin dibunuh secara sengaja atau tidak berniat jika tawaran yang tidak dipenuhi .
Sila berhenti perbuatan anda!perbuatan anda telah diperhati oleh Tuhan !
Ini adalah benar , kalau tidak dituduh oleh undang-undang ,memanglah akan didenda oleh sesuatu nanti...oleh itu , kita
hendaklah mendisiplinkan diridengan mengelakkan sebarang
jenayah yang macam itu .




No comments:
Post a Comment